My Clock!!

Cuteki cute

Thursday, 3 May 2012

*Betul ke apa yang Nurul faham?? o.O" *


Memandu Kereta Manual.. 


1. Tekan pedal klac ke bawah dan gerak gear ke posisi neutral.


 2. Hidupkan enjin.

3. Gerakkan gear ke gear satu sambil kaki menekan klac.

4. Gunakan brek kaki dan lepaskan brek tangan.

5. Lepaskan brek kaki apabila ingin bergerak.

6. Lepaskan pedal klac perlahan-lahan. Apabila mendengar bunyi enjin menjadi semakin perlahan, perlahan-lahan tekan pedal minyak sambil melepaskan pedal klac. Kereta akan mula bergerak kehadapan.

7. Pecut perlahan-lahan sehingga kereta mencecah 15 km, lepaskan pedal minyak sambil menekan pedal klac dan tukar gear ke gear dua. Pastikan gear masuk dengan kemas.

8. Lepaskan pedal klac perlahan-lahan smbil menekan pedal minyak.

9. Ulang proses pertukaran gear ini pada 35 km sehingga dapat memandu pada kelajuan yang diinginkan.

10. Lepaskan pedal minyak perlahan-lahan apabila ingin mengurangkan kelajuan. Tekan pedal klac perlahan-lahan dan tukar ke gear lebih rendah. Apabila berada di gear rendah lepaskan klac perlahan-lahan dan tekan brek.



11. Berhentikan kereta dengan menurunkan gear ke gear dua. Gunakan klac sebaik sahaja kereta ingin berhenti.