My Clock!!

Cuteki cute

Thursday, 3 May 2012

*Betul ke apa yang Nurul faham?? o.O" *


Memandu Kereta Manual.. 


1. Tekan pedal klac ke bawah dan gerak gear ke posisi neutral.


 2. Hidupkan enjin.

3. Gerakkan gear ke gear satu sambil kaki menekan klac.

4. Gunakan brek kaki dan lepaskan brek tangan.

5. Lepaskan brek kaki apabila ingin bergerak.

6. Lepaskan pedal klac perlahan-lahan. Apabila mendengar bunyi enjin menjadi semakin perlahan, perlahan-lahan tekan pedal minyak sambil melepaskan pedal klac. Kereta akan mula bergerak kehadapan.

7. Pecut perlahan-lahan sehingga kereta mencecah 15 km, lepaskan pedal minyak sambil menekan pedal klac dan tukar gear ke gear dua. Pastikan gear masuk dengan kemas.

8. Lepaskan pedal klac perlahan-lahan smbil menekan pedal minyak.

9. Ulang proses pertukaran gear ini pada 35 km sehingga dapat memandu pada kelajuan yang diinginkan.

10. Lepaskan pedal minyak perlahan-lahan apabila ingin mengurangkan kelajuan. Tekan pedal klac perlahan-lahan dan tukar ke gear lebih rendah. Apabila berada di gear rendah lepaskan klac perlahan-lahan dan tekan brek.



11. Berhentikan kereta dengan menurunkan gear ke gear dua. Gunakan klac sebaik sahaja kereta ingin berhenti.








Saturday, 14 April 2012

*Go For It!!! *

Esok Nurul punya first ceramah driving..Huhu 5 jam kowt..Asal lama sangat ha?? Confirm tertidur gak Nurul nanti...Heee yela sedangkan dalam kelas pon kadang-kadang boleh tertidur ini kan pula kena dengar ceramah..hahaha :P 


Actually Nurul agak cuak gak la bab dengar cerita ada seorang tenaga pengajar nie garang nak mampus huhu harap-harap la Nurul tak dapat dia..Kalau tak boleh bernanah telinga nie dengar uncle tu asyik membebel ja..hahaa hmmm macam biasa esok pukul 8 pagi mesti dah ada kat sana so jawabnya malam nie kena tidur awal la heee al-maklum la sejak cuti ni asyik bangun lewat ja...Hahahahaa kantoi sudahhh...heeee :P

GANBATTE NURUL!!!!! ^_^


Wednesday, 11 April 2012

*New Lappy*

huhu akhirnya dapat gak beli lappy baru..Lappy lama asyik buat hal la sekarang so Nurul bagi kat mama heee baiknya anak siapa la ni bagi lappy rosak kat mama...haha :P

ASUS A43S menjadi pilihan Nurul kali nie...heee nie pon beli ikut bajet Nurul ja kowt..RM1500 ja Nurul mampu keluarkan dari bank simpanan Nurul..hee mama tak kasi keluarkan lebih-lebih...Puas gak la usyar semua kedai kat Lowyat last-last jumpa satu kedai yang baik gak la service dia..yang terbaiknya dia boleh bagi Nurul pilihan warna dengan harga RM1499..Kalau kat kedai lain tak dapat kowt hanya warna hitam ja ada..Walau macam mana pun pink tak ada stok..huhu kalo nak pink gak kena amek package lain RM1699..huhu tak mampu r nak beli yang mahal-mahal bab kena pakai duit sendiri heee...So akhir nye 1499 ja r Nurul leh amek...Nurul pilih warna fav iaitu biru...Heee cantik r gak.. Benda baru memang la cantik.. hahak =)

Tuesday, 10 April 2012

*4hari 3malam*

Hangout dengan Fatin memang best gila sampai nak tercabut kaki Nurul nie asyik jalan ja...haha Fatin nie hobi dia suka ambik banyak gambar pemandangan..so tak hairan r kaki kami sampai melecet dek berjalan sekitar KL selama dia kat sini..

Hmmm kami jalan-jalan kat TS,Lowyat,Pavi,sekitar Bukit Bintang dll r...Nurul ingat g memang dari Penang g Fatin teringin nak mam Mado ice cream..agak mahal juga lorh satu cone pon dah rm8 kowt..hee tu pon Fatin yang belanja coz ice cream Nurul lambat gara-gara mat salleh mata biru (hee comey gak) yang buat ice cream tu maen-maen ngan Nurul...yela dia maen hulur tarik ice cream pastu wat peace kat Nurul huhu Nurul pon balas r peace tuhh dah tu mula-mula tanya nama pastu asal sini ke akhir sekali leh plak mintak numbor Nurul haha..tapi Nurul tak bagi r..glew ke nak bagi kan..haha

Tapi hari ni Fatin dah balik dah..Nurul hantar dia kat Pudu Sentral tengah hari tadi..hmm dalam diam-diam tu sambil tunggu bas Fatin pon Nurul sempat ngorat lelaki yang duduk sebelah Nurul yang sama-sama tunggu bas InterCity...hee kami borak sekejap..rupanya dia budak UM hee esok cuti so die nak balik Alor Setar.. comey kowt dia...hee rugi tak mintak numbor..hahak :P

Hmmm harap-harap r lepas nie Fatin datang g KL..hee member yang laen nak over night at umah Nurul pon boleyh...dialu-alukan...haha =)

*Monorel Dah Maju*

heee aritu agak terkejut jugak r masa Nurul nak g jalan-jalan at Times Square..mana taknye seingat Nurul kali terakhir Nurul naek monorel sebulan yg lepas..Masa tu monorel still pakai tiket kowt tiba-tiba ahad tadi g ambik ko dah pakai token kowt..ingat kan Nurul salah beli at mesin tu tapi tak..heee not bad r..best gak pakai token sekurang-kurangnya tak cepat rosak benda tu..tapi serious puas memikir mula-mula macam mana nak guna menatang nie...haha akhirnya tengok orang wat dulu baru ikot macam mana...heee:P

Saturday, 7 April 2012

*Baru Nak Ambil Lesen Kereta???*


Heee tu la dulu lepas habis SPM tak nak terus amek..asyik tangguh-tangguh sekarang baru nak terkial-kial nak baca buku undang-undang..haha walau macam mana pon ntah kenapa Nurul agak takut la bawa kereta ni..macam susah ja..plus Nurul mana pernah bawa kereta apatah lagi mahu pegang setering kereta haha duduk pandai ja r..huhu kalau motor lain cerita la jaguh motor kowt nie heee...kalau bab bawa motor zoomm sana zoomm sini laju-laju memang Nurul la orangnya..haha tp jaguh-jaguh pon lesen motor pon tak ada lagi apa gunanya kan bermegah hahaha :P 

Hmmm harap-harap la 2 bulan nie sempat Nurul buatkan...heee tu pon kalau pas lah kan haha al-maklum r Nurul nie slow sikit heee..ishhh dah-dah tak maw r fikir negatif..positif-positif...haha insyaallah Nurul boleyh punya, cayok cayook!!! heeee ^_^

Friday, 6 April 2012

*yeahh Fatin nak datang!! haha:P *

Hari ini seorang sahabat dari Penang nak datang ziarah keluarga Nurul...heee tak sabar nak jumpa dia..rindu kowt... :D Jadi selama dia kat Selangor ni, dia akan bermalam kat rumah Nurul la...huhu habis la esok story mory r kami sampai ke pagi hahaha...hmm actualy aim kita orang nie hanya nak keluar bersama ja macam  tengok wayang, jalan-jalan KL dll hihi lebih kurang macam melepaskan rindu masing-masing la katakan.. Kami bercadang nak tengok Titanic 3D  kat GSC-Berjaya Times Square tapi ada kenalan kata cerita tu tak best coz banyak scene kena potong..huhu ntah la...heee Nurul tak kisah pon nak tengok cerita apa janji sahabat Nurul sorang ni happy hendaknya... ^_^


haaa ni laa sahabat yang Nurul cerita tu, Fatin..comey kan? haha

*Wanita Melamar Lelaki Merupakan Amalan Yang Terpuji*

Ntah kenapa hari ramai plak cerita dengan Nurul pasal melamar-lamar nie...haha Nurul sendiri tersipu malu masa kenalan-kenalan tanye...haha masih belum dapat bayangkan siapa pasangan Nurul kelak..heee btw tadi ada seorang kenalan tanye boleyh ka perempuan lamar lelaki dulu? Tak terasa perigi cari timba ka?? hmm.....
Huhu dalam dok fikir tu Nurul terbaca la 1 artikel nie so Nurul nak share la dengan kalian...heeee boleyh an?? :D
**********************************************************************************************************
ADA si teruna yang lambat menyatakan hasrat menyunting pilihan hati lalu jatuh ke pihak lain. Begitu juga halnya dengan seorang wanita yang tertarik dengan lelaki yang dirasakan calon sesuai untuk dijadikan suami namun disebabkan dia hanya menunggu akhirnya turut terlepas peluang.
Tiada larangan dalam Islam jika wanita membuat lamaran terhadap lelaki yang layak menjadi pasangan hidupnya. Apa yang berlaku itu berkait rapat dengan soal lambat menzahirkan lamaran.
Perigi mencari timba pula merujuk kepada wanita yang berusaha mencari lelaki untuk dijadikan teman hidup. Namun dalam masyarakat kita perkara berkenaan dianggap lari daripada adat dan budaya. Mungkin ‘tugas’ itu sukar dan mustahil kerana ia tidak pernah dilakukan dalam masyarakat kita.
Lihat saja sejarah Siti Khadijah yang bertindak ‘berani’ melamar Nabi Muhammad s.a.w. Beliau tidak berasa rendah diri walaupun jarak usianya dengan Rasulullah agak jauh. Bagaimana dengan wanita moden yang mahu mencontohi tindakan Siti Khadijah? Kita semua tahu, Siti Khadijah berketurunan bangsawan yang kaya-raya.
Bukan saja mempunyai perniagaan besar, tetapi beliau juga disegani kerana mempunyai kebijaksanaan dan sopan-santun tinggi.
Bagaimana jika wanita datang menyunting lelaki pilihannya dengan menggunakan orang perantaraan bagi menyampaikan hasratnya? Mungkin kaum wanita menganggap usaha mereka itu sebagai ‘terhegeh-hegeh’ dan sebab itulah ia gagal dilaksanakan. Diharap selepas ini kaum wanita terbuka hatinya untuk merubah budaya.
Wanita meminang lelaki adalah sesuatu yang lumrah. Selain Siti Khadijah meminang Rasulullah dan Saidina Umar juga pernah meminang Saidina Abu Bakar untuk puterinya Siti Habsah.
Jika mereka bertemu dengan lelaki yang layak menjadi pasangan maka ambillah peluang untuk memulakan lamaran. Jangan takut untuk mencuba dan berasa malu kerana jika ditolak sekalipun Allah pasti menjanjikan insan yang lebih baik untuk mereka.
Pernah pinangan Umar ditolak Saidina Abu Bakar tetapi penolakan itu dilakukan dengan cara paling terhormat. Namun selepas itu Umar mendapat calon yang lebih baik apabila Rasulullah memperisterikan Siti Habsah. Jelas Allah tidak akan mengecewakan hamba yang bersungguh melaksanakan syariat-Nya. Sayang sekali, malu kita tidak merujuk kepada syariat.
Sebuah hadis yang diriwayatkan Anas berkata: “Ada seorang wanita yang datang menawarkan diri kepada Rasulullah dan berkata: “Ya Rasulullah! Apakah kau memerlukan aku?” Puteri Anas yang hadir ketika mendengar perkataan wanita itu mencelanya dengan mengatakan dia tidak punya harga diri dan rasa malu. “Sungguh memalukan dan betapa buruknya…!” Anas berkata kepada puterinya itu: “Dia lebih baik daripadamu! Wanita itu senang kepada Nabi dan menawarkan dirinya!” (Riwayat Bukhari)
Pendakwah dan Pengarah Penyelidikan dan Modul Fitrah Perkasa Sdn Bhd, Pahrol Mohamad Juoi, berkata malu dalam Islam mesti diukur atas dasar iman.
“Tidak seharusnya seorang wanita berasa malu untuk memulakan langkah untuk melamar lelaki yang dirasakan layak untuknya.“Malah, tiada tentangan dari sudut akidah, syariah dan akhlak Islamiah terhadap perkara berkenaan,” katanya.
Beliau berkata pendekatan yang digunakan perlu selaras dengan prinsip dan matlamat yang bertepatan dengan nilai agama.“Umpamanya, wanita perlu menggunakan orang tengah iaitu keluarga, sahabat dan orang yang boleh dipercayainya untuk tujuan melamar.
“Jika diterima, alhamdulillah dan jika ditolak sekalipun tidak mengapa. Allah tetap menilai percubaan itu sebagai amal soleh kerana mereka sudah melakukan sesuatu yang halal dan harus di sisi Islam,” katanya.
Pahrol berkata tidak timbul soal perigi mencari timba kerana dalam sejarah Islam ada pihak wanita yang meminang lelaki dan begitulah sebaliknya.“Kedua-dua cara berkenaan boleh dilaksanakan. Apabila ada wanita melamar lelaki yang dirasakan baik untuk dijadikan pasangan hidup ia adalah usaha yang sangat terpuji.
“Berjaya atau tidak, bukan soalnya kerana Allah menilai usaha berkenaan. Jangan sesekali berasa diri direndahkan. Mereka perlu berasa malu jika terbabit dengan pergaulan bebas, pendedahan aurat dan tindakan haram lain untuk mendapatkan pasangan hidup,” katanya.
Beliau berkata pasangan hidup adalah teman yang akan bersama-sama membentuk keluarga dalam menjalani ibadat sebagai hamba Allah di atas muka bumi ini.
“Ini misi besar dan berat. Bermula dari keluarga barulah terbentuknya sebuah masyarakat, negara dan ummah. Untuk membentuk keluarga ini perlu kepada lelaki kepada wanita.
“Wanita tidak seharusnya rasa ‘terhegeh-hegeh’ atau tidak laku. Wanita yang dikatakan tidak laku dan terhegeh-hegeh ialah mereka yang mendedah aurat, berkelakuan tidak senonoh dan bergaul bebas sehingga ke tahap hilang rasa malu, menggadai iman serta akhlak Islamiah.
“Bagaimana umpan begitulah ikan yang akan kita dapat. Jangan terkejut jika wanita yang mendedah aurat (seksi) akan mendapat lelaki hidung belang sebagai pasangannya,” katanya.
Berdasarkan sejarah yang masyhur, Pahrol berkata Siti Khadijah tertarik dengan keperibadian Nabi Muhammad yang mempunyai sifat jujur dan bijak ketika menjalankan perniagaan.
“Semua maklumat itu diperoleh daripada hambanya, Maisarah yang ditugaskan membantu serta mengiringi Rasulullah ketika berniaga.“Sepanjang bermusafir Maisarah melihat, merasai dan meyakini bahawa Nabi Muhammad memang seorang yang baik kemudian menyampaikan laporan kepada tuannya Siti Khadijah.
“Khadijah mempunyai ketajaman menilai sumber maklumat. Apabila maklumat yang diterima diyakini benar, Siti Khadijah bertindak memanggil bapa saudaranya dan saudaranya yang lain untuk menyatakan hasrat melamar Nabi Muhammad.
“Allah mengkabulkan hajatnya dan lamarannya diterima,” katanya.
Beliau menasihatkan perkara utama untuk mencari pasangan ialah menjaga akhlak dan keperibadian selain memastikan maklumat pasangan itu benar.
“Carilah saudara, rakan, ustaz atau sesiapa yang terdekat dengan lelaki pilihan kita. Setelah ada maklumat yang benar, dirikan solat istikharah untuk meminta Allah perteguhkan keputusan yang sudah ada atau meminta petunjuk membuat keputusan yang belum ada.
“Orang yang bersolat istikharah tidak akan kecewa kerana solatnya bukan saja mencari petunjuk Allah dalam membuat keputusan yang belum pasti, tetapi turut juga meminta diperteguhkan hati melaksanakan keputusan yang pasti.
“Selepas menetapkan keputusan, teguhkan azam dan terus bertawakal. Kemudian segerakan urusan lamaran dengan memilih wakil yang baik bagi urusan meminang dan seterusnya segerakan perkahwinan,” katanya.
Pahrol berkata bagi mereka yang sudah berusaha mencari pasangan, tetapi masih belum berjaya perlu bersangka baik kepada Allah.“Penangguhan itu satu ujian yang pasti ada hikmahnya. Mungkin Allah hendak selamatkan mereka daripada mendapat suami yang jahat, pendera dan tidak bertanggungjawab.
“Jadi, berusahalah sambil menunggu ketentuan daripada Allah. Jangan membuat keputusan untuk tidak berkahwin sampai akhir hayat kerana ia bertentangan dengan syariat dan fitrah.“Golongan yang menentang peraturan Allah akan menderita jiwanya dan hidup dalam kesepian. Dalam apa saja keadaan, beribadatlah sehingga kita berasa letih untuk melakukan maksiat,” katanya.
Beliau berkata gelaran seperti ‘andartu’ dan ‘andalusia’ tidak sewajarnya dilemparkan kerana hakikatnya mereka sedang diuji Allah.“Orang yang diuji sepatutnya dibantu, dikasihi dan didoakan. Masyarakat Islam sepatutnya memikirkan bagaimana kaedah untuk mencarikan jodoh buat mereka,” katanya. Sumber: Rakan Facebook
Wallahualam..

*We Are All Together!!!*

Mari kita mengimbas kenangan lalu sehingga kini... o.O"

PART 1!!! 

(a) semua muka innocence..hahaaa :P

Say Hye To My Group CSD1Bf
hihi time nie semua masih malu-malu kucing kot
Peace!!!!

(b) lepas dinner cs dah upgrade sikit..huhu
hmm sikitnye lelaki time nie... :(

hihi okeyh bosss!!
muka hairan..heee tak pernah tengok orang rambut kuning kot :P 



PART 2!!!

Sekarang semua muka dah mature..heee :D

CSD1Bf  became CSD2Bf
Sweetnya kami kan...haha ^_^

macam-macam perangai ada..haha
Extra:: Gabungan CSD2Af  dan CSD2Bf.. Perkelahan pertama kami bersama sebelum exam..enjoy gleww kot time nie.. heee:D



Wednesday, 4 April 2012

*Koleksi =) *

Masih berjinak-jinak dalam menyimpan koleksi-koleksi novel dan komik kegemaran..shhhh ingat ni rahsia kita taw...hihi parents nurul sendiri belum tahu akan wujudnya buku-buku ni dalam bilik nurul..haha :P

*5 hari telah berlalu..*

Hari ini dah masuk 5hari cuti sem bermula. Hmm tak tahu nak buat apa lagi sepanjang cuti ni. Kerja nurul setiap hari sama ja. Tolong mama kemas rumah, masak, basuh baju, makan tidur, baca novel, layan k-drama dll. Kadang-kadang bosan gak sebab asyik benda yang sama ja wat setiap hari huhu. Nak kerja semestinya parents tak pernah kasi. Kenapa?? huhu sebab parents nurul tak nak nanti kalau nurul dah suka kerja dan pegang duit sendiri, nurul akan lupakan niat untuk sambung belajar. Itu yang mereka takutkan sebenarnya. Tapi nurul hormat dengan keputusan mereka. Mungkin ada benar juga kata-kata mereka. Tak apalah ibubapa lebih tahu apa yang terbaik untuk anak mereka kan?? So jawabnya nurul akan besarkan badan ja lah kat rumah sepanjang 2bulan ni hmm macam nie ke?? TIDAK!!!! hahaha >.<"

Monday, 2 April 2012

*Aku Punya Cerita Cinta #1*

Hanya dengan panggilan GC. Seorang sahabat di zaman sekolah menengah. Merupakan budak baru di sekolah dan juga orang yang nurul admire sewaktu form 4. Dulu nurul nakal la juga sebab selalu kacau orang dan dia salah seorang mangsa nurul. Nurul usyar di cukup baik haha actually niat untuk berkenalan dengan orang baru. Tapi apakan daya nurul tak di layan haha katanya dia takut dengan nurul masa tu. Haha memangnya muka nurul pelik yae???>.<"

Tapi tu dulu ok. Setelah sekian lama tidak berhubung kini kami mula rapat. Semuanya kerana facebook. Facebook la yang merapatkan kami. Kami mula berchating dan seterusnya bertukar numbor telefon. Di situ la titik perkenalan kami mungkin ianya tak sesweet kisah kalian kan...huhu walaumacam mana pun nurul bersyukur dengan kehadirannya. Thank GC! =)

Kini telah hampir sebulan kami berkawan. Kawan rapat. :) Hati ini berbunga-bunga setiap kali dirinya hadir. Setiap hari dia sentiasa menemani diri nurul tidak kira masa. Sikap dia yang jujur kadang-kadang manja haha dan juga caring terhadap nurul buatkan nurul semakin hari semakin sayang dengannya. Haha tapi satu ja masalah dia ni hmm dia agak slow bab-bab hati dan perasaan ni. Nurul tak yakin dia tahu perasaan nurul yang sebenarnya. :(

Kalau ikutkan hati dah lama nurul wat kerja gila nurul. Kerja apa? hihi Kerja luahan perasaan suka pada seseorang yang nurul suka. Tapi nurul tak berani nak buat dah sebab nurul takut kalau-kalau seorang sahabat boleyh menjadi kekasih tetapi seorang kekasih tak boleyh jadi sahabat. hihi nurul cakap macam tu atas pengalaman lampau. So now better nurul diamkan dulu perasaan ini buat seketika kan. ~_^

Sunday, 1 April 2012

*Introduce*

Jam 7pagi 14dec19xx adalah hari bermakna bagi sepasang suami isteri ini, Mohamad Anuar dan Janiah...hari di mana lahirnya seorang puteri bongsu mereka yang diberi nama yang cukup indah lagi bermakna..NURUL HIDAYAH BINTI MOHAMAD ANUAR itulah nama yang diberikan kepada ku..kalian boleyh panggil dengan panggilan Nurul okeyh..Mempunyai seorang abang, Mohamad Taufiq..huhu satu2 nya adik-beradik nurul, tempat suka duka gaduh manja nurul semua ngan dia..haha walau macam mana gaduh sekali pon air yang dicincang takkan putus..

hurmm selain itu nurul juga memiliki sedikit kacukan mongolia dari nenek moyang sebelah abah dan banjar sebelah mama..hihi tp nurul xpandai berlograt2 macam mama dan abah...huhu nak tahu tak nurul kalo tak pakai spek (budak berkaca mata) dengan mata sepet nampak macam orang cina..haha pernah dulu waktu kecik2 de sorang pakcik nie salu jumpa die kat kedai..die suka panggil nurul dengan panggilan "anak jepun" sebab putih haha tp sekarang dah gelap sikit..hihi  nurul sekarang menuntut di salah sebuah universiti awam nak masuk sem 3..Dah besar rupanye nurul nie yae...hihi

Okeyh lorhh nie bukan novel unuk nurul intro panjang2..untuk info kalian, nie blog dan post pertama nurul tok perkenalkan diri..blog nie nurul buat hanya untuk suka-suka ja...datang dari hati nurul..harap korang layan ja r k..maaf kalo de salah n silap..hihi btw salam perkenalan untuk kalian..   ^_^